Pernahkah anda Terfikir Tentang apa yang saya katakan di atas??
atau anda pernah melalui satu situasi di mana anda berkorban untuk orang di Sekeliling anda
Namun mereka pada pengamatan anda lansung tidak mahu menghargainya malahan lebih teruk tidak
lansung terfikir apa yang telah anda lakukan untuk mereka??
wahai Sahabat yang di kasihi allah sekalian
Sebelum kita mengukur keperibadian insan lain
Marilah kita bertanya dan berfikir sejenak tentang keperibadian kita dahulu
IKHLAS KITA DALAM BERKORBAN??
Soalan ini terbit di hati saya saat saya merasakan semua yang saya lakukan adalah sia-sia sahaja kerana saya tidak mendapat layanan sepatutnya.Malah lansung tidak di hiraukan .
Terasa ngilu di tangkai hati saya.
Maka saya bercadang untuk tidak lagi memberi apa-apa pertolongan.
`Nah..datang satu bisikkan di hati saya...kenapa buruk sangat sikap ku ini`.
Jika kau kata kan kau ikhlas mengapa kau hadirkan perasaan sedih di hati saat kau tidak di berikan balasan yang sepatutnya??.
Jika ikhlas bukan balasan dunia sahaja yang kau harapkan...tapi mintalah balasan daripada pencipta alam ini..
Allah.sahaja yang berhak untuk memberi kau keredhaanya.
Duhai hati ...ikhlaslah...bersabarlah..Allah menilai apa yang kita lakukan..pandangan allah lebih mulia..allah lebih adil dalam menilai daripada manusia...Ganjaran nya lebih unggul
Ikhlas..insya allah tidak kecewa.
.LETAK LAH ALLAH SEBAGAI MATLAMAT
yeee...
Manusia adakalanya kerap mengecewakan diri kita..
Namun jangan adanya sifat benci dan dendam
duhai sahabat ku...
ketahuilah ...bahawa manusia itu punya sifat pelupa dan tidak sempurna
ini lah sifat kita manusia..kerana kita tidak sempurna..kelemahan tumbuh melata..
Sebab itulah kita mudah merasa kecewa dan akan mengecewakan..
andai..meletakkan Allah sebagai matlamat utama...insya allah segalanya akan
menjadi mudah ...hati juga menjadi tenang..
Kerana Allah bersifat ar-rahman Dan ar-rahim..
Sifat allah sempurna...hati tentu akan ceria..
Embun Subuh
Monday, October 4, 2010
Friday, October 1, 2010
Assalamualaikum...untuk semua Pembaca..Yang Di kasihi Allah..
Saya masih baru...di..dunia blog ini..masih baru untuk belajar menulis banyak yang perlu dipelajari lagi...hee..oleh itu setiap tulisan saya harapkan pandangan daripada pembaca sekalian..yang buruk datang daripada saya.yang baik tetap daripada Allah hendaknya..amin.
-Pertama Nya saya ingin menyelami topik yang amat sinonim dengan hidup setiap insan
CINTA...ha3...Tentunya ramai yang suka..ehemmm..ehemm..tersenyum..lebar cik akak..dan cik abang..lol..nape pulak ada yang bersedih tu???..putus cinta ke??..or cinta di reject mentah-mentah..aduh!!..pedihnya jantung..bisa nya hati...he3.Pembaca sekalian saya cuma insan biasa tapi apa yang ada saya ingin kongsi dengan semua moga ia bakal membuka minda dan hati kita.I.allah.Daripada seorang kawan saya mendengar kisah ini.Semuanya tentang cinta.....
HAWA PENCARI CINTA.HAWA SUNYI.HAWA CEMBURU
Sahabat saya itu biarlah saya namakan dia sebagai hawa sahaja.Hawa seorang gadis yang di besarkan dalam keluarga biasa-biasa sahaja.Dia bukannya orang yang benar-benar menyelami dunia islam sebenar.Semuanya biasa.Namun dia amat pemalu untuk berbual dengan lelaki.Walaupun dia nampak agak agresif.Perjalanan hidupnya penuh liku.Sehingga membawa dia berkerja di sebuah kedai kereta.Yang kebanyakkan pekerjanya adalah lelaki.Bayangkan!!.saya agak tekedu bila di beritahu.he3.Namun dia tetap menjaga batas pergaulan.Saya tabik spring pada dia.Ha3.Dia tak penah benarkan diri untuk jatuh Cinta.Cayalah.Namun di sudut hati rupa-rupanya dia cemburu melihat orang lain bercinta.Dia SUNYI tanpa cinta.Oh..kini dia ingin membuang semua sifat pemalu..itu hanya kerana Kesunyian dan cemburu.Saya marahkan dia.Saya Beritahu `Hawa sifat malu mu itu amat berharga.. mahal nilainya`.Dia hanya tersenyum.Kini Hawa mula mencari Cinta.
SETAHUN BERLALU APA YANG TERJADI PADA HAWA?
Yup.pembaca Hawa betol2 berubah !!!.
Bukan ke arah yang tak baik tapi menjadi lebih baik.Hawa sahabat saya kini mula memakai tudung,berbaju kurung dan tutur katanya mulai sopan.Semuanya Sebab dia..dah mula belajar di kolej Islam!!.Di mana?ha3 itu rahsia ek..Terbuntang mata saya..daripada gadis tomboy..boleh jadi macam ini..masya allah..tapi okaylah nie.he3.Namun ada sesuatu yang menarik hendak saya sampaikan daripada hawa kepada semua...kisah cintanya saat di di sana..Hijrah Hawa sebuah Hijrah yang mahal para pembaca..
AKU HAWA MENCARI ADAM.
Warkah Hawa Buat semua gadis di luar sana,
Andai ada yang sudi bacalah warkah ku ini.Ku sampaikan agar semua yang terhijab di hati kalian akan terbuka.Nama ku Hawa.Di cipta untu menemani perjuangan Adam yang penuh ranjau.Aku Hawa yang serba kekurangan.Tidak hebat.Kurang dan cetek ilmu agama.Yang aku ada cuma ilmu dunia.Yang hebat di dalam sijil peperiksaan Malaysia(SPM).Takdir membawa aku ke sebuah tempat yang asing.Terlalu asing bagiku.Aku janggal.Di sini semua berpaksikan agama.Islam yang mulia.Jiwaku terusik.Aku tertarik.Seketika aku mati kan hajat untuk mengejar cinta lelaki.Aku malu!!.Namun dalam diri tetap meronta.Realiti aku SUNYI dan CEMBURU.Beb!mana sama kawan lelaki dan perempuan!!!.Huh!
AKU HAWA BERJUMPA ADAM
Akhirnya....aku hawa berjumpa adam.Berbunga-bunga hatiku..Rasa macam duduk alam bunian.he3.Semuanya indah.Biarku jelaskan bagaimana fasa ini berlansung.Dalam warkah ini...
AWAL PERKENALAN.
Aku rasa amat bahagia.Terlalu bahagia.Dia baik walaupun tak sempurna.Sahabatku.. dia seorang perokok.Namun aku tetap terima.Dia selekeh.Aku tetap sayang.Dia tak berduit.Aku redha.Bukan-bukan aku terdesak.Namun biarku jelaskan.Aku Sayang dia seikhlas hatiku kerana dia adalah dia.Aku ikhlas.Tapi waktu ini ada yang menentang cintaku.Ahhh..aku peduli apa.Kawan sebilik aku!!!.Dia cuba menarik aku perlahan-lahan.Tapi aku buat Deeeekkk..aje.Tak fahamlah tu.Aku cemuih!!.Aku tak peduli.Adam aku baik.Aku bahagia.
PERTENGAHAN PERKENALAN
Adam kau mula berubah.Kerap kali kau menyakiti ku.Sampai satu tahap kawan-kawan kau menghina ku.Dengan kata-kata yang cukup kesat.Aku tetap bertahan.Biar berparut hati ini.Terlalu sakit adam!!.Pedih.Aku kau sisihkan.Tinggal aku keseorangan.Pada siapa ingin ku luahkan??.Nah..bahu sahabatku ku sandarkan semua cerita..dia hanya tersenyum.Kenapa kau berubah??.Kau katakan kau sibuk..Tugasan dan kelas.Aku bersabar adam.Aku cuba memahami kau dengan lebih baik.Mungkin kau tak sempurna.Namun aku tetap setia.Aku sedia berkorban.Ya,pembaca saat adam ku kesusahan aku hawa tetap menolong dia.Aku hawa bukan orang senang.Namun Wang ringgit ku .Ku beri pada dia saat dia kesusahan.Aku tempat dia bersandar meluah keluh-kesah.Aku sanggup meredah hujan ribut mencari bantuan.Menahan perut berlapar asalkan kau adam tidak berlapar.Aku berkorban untuk kesenangan mu!!!.Biar derita biar sengsara aku rela..
AKHIR CERITA ...
Pada syawal itu.Ku mendapat khabar kau punya insan lain.Aku terduduk.Lantas terdiam.Mengapa begini kesudahannya.Sunggguh perit!namun aku terima.Jika kau bahagia.Aku bahagia.Aku hawa tak marah lagi mahu berdendam tentu sekali tidak!!.Namun aku kesal..kesal sekali pada akhir ini kau sanggup memalukan aku..di hadapan sahabatmu..kau menghina aku..biarlah hanya aku yang tahu apa yang telah kau lakukan.Wahai adam andai kau tak menggangap aku sebagai insan yang `special` di hati mu..namun cukuplah kau kenang semua pergorbanan ku..cukup itu...ya aku ikhlas..namun aku juga manusia biasa..Kenang budi sahaja sudah mencukupi..itu sahaja.Wahai adam aku terima semua ini.....Andai sudah tersurat begini aku aku akur.
DIA YANG DULU TAK KU ENDAH MEMBAWA PADAKU SERIBU RAHMAT.
Aku terlalu kecewa!!.Pada siapa ingin ku cerita??
Frust sungguh..Lantas ku renung wajah insan yang penah memberi aku nasihat
Dia penah menasihati aku..Namun ibarat mencurah air ke longkang!!
Kak Hawa..Carilah cinta Allah dahulu..I.allah cinta insan soleh tentu dapat..
Cinta Allah??..indah ke?.Selama ini aku hanya tahu solat,puasa,baca al-quran..itu sahaja.
Aku jahil Ya rabb!!..mengapa selama ini aku tak menghiraukan dirimu.Aku lalai.Aku leka.Dunia ini membutakan aku.
Kau Dekat akulah Yang Jauh.Aku hamba yang Sombong.Demi cinta HambaMu aku sanggup
Berkorban sedangkan untuk kau TIDAK!!!.
Ya.Allah Hijrahkan diri ini..Moga aku bakal berjumpa cintaMu.I.Allah.
YANG MASIH MENCARI
HAWA.
Subscribe to:
Posts (Atom)